Ramai yang tanya saya, nak makan apa
sepanjang berdiet dengan ALSDII..mungkin sebab dah terbiasa makan nasi dengan
lauk pauk jadi bila berdiet dengan ALSDII kita jadi blurr dengan makanan yang
kita boleh makan..
So kat bawah ni saya bagi sikit
cadangan menu yang boleh kita makan sepanjang berdiet atau kalau boleh kita
amalkan sepanjang hayat..kita tukar cara makan kita yang lama dan gantikan
dengan menu yang lebih sihat..yang penting sekali NO NO NO pada nasi..penting
lagi sekali cuma 35 g karbohidrat sehari tau..
Semasa proses penurunan berat badan
ini pastikan kita tidak berlapar, makan je janji jumlah karbohidrat tak
melebihi 35gram sehari tauu..lagi sekali..
Sedap-sedap menu kat bawah ni, pilih salah satu menu di
bawah atau pun nak makan semua pun tak pe..yang penting diet dengan ALSDII
adalah diet santai..jangan tensen-tensen tauu..
SARAPAN PAGI:
1. 2 biji telur goreng mata kerbau
2. Telur Omelet dengan cheese
3. 1 keping daging burger ramly
4. 2 biji telur separuh masak dengan
kicap masin
5. Sup telur dengan daging ayam
carik
6. Scrambled Egg
7. Brocolli / kobis / tomato cherry
MAKAN TENGAHARI:
1. Ayam goreng dengan 2 keping tauhu
2. Roasted Chicken / ayam panggang
dengan brocoli dan mushroom
3. Ikan bakar / Ikan kukus
4. Daging goreng dengan sos soya
5. Ayam tumis dengan halia
6. Terung dan asparagus kukus
berempah
7. Udang masak bercili
Dinner:
1. Tomyam Seafood/ayam/daging
2. Sup ayam
3. Chicken Chop / Lamb Chop -
pastikan kuah asing atau makan sikit je.
4. Ikan siakap 3 rasa
5. Sayur campur
6. Grilled Chicken Salad
7. Satay ayam / daging - Kurangkan
kuah dan jangan makan nasi impit